Student Engagement Session

By Visited 232 times , 1 Visits today

Start Date: April 11, 2017
End Date: April 11, 2017
Time: 2:30 pm to 4:30 pm

Location: UTMLead, F54 UTM Johor Bahru

Description

Dengan kepelbagaian cabaran mendatang yang akan di rasai oleh institusi pendidikan tinggi mana mana negara seperti ledakan teknologi maklumat dan komunikasi, revolusi industri ke4 (4IR), suasana sosio-ekonomi dan politik dunia, mendepani generasi muda serta lain lain lagi, UTM bergerak dan melangkah kehadapan menanganinya melalui semakan semula pelan global UTM II (PGU II) dan dinamakan PGU III untuk tahun 2018-2020.

Satu pelan tindakan PGU III telah dirancangkan sepanjang tahun agar tibanya 2018, warga UTM telah bersedia mendepani cabaran cabaran yang dimaksudkan di atas. Pelbagai aktiviti telah disusun pada setiap bulan sehinggalah satu dokumen PGU III siap dihujung tahun. Pada bulan Mac yang lalu, satu sesi percambahan fikiran diadakan melalui seminar dan bengkel untuk mengenal pasti kehendak pemegang taruh melalui proses ‘environmental scanning’.

Pada bulan April ini pula, beberapa aktiviti dinamakan ‘Need Analysis’ bertujuan mendapat keperluan, pandangan dan maklumbalas pemegang taruh dan pelanggan telah disusun.

Hari ini, sesi bersama mahasiswa akan diadakan di dewan UTM Lead, F54. Satu forum yang melibatkan panel mewakili Majlis Perwakilan Mahasiswa, Persatuan dan Kelab, Jawatankuasa Kolej Mahasiswa dan lain lain, serta sesi memberi pandangan akan diadakan. Kepada mahasiswa yang telah dijemput adalah diminta hadir.

Organizers

Organized by :  

About the Organizers :

Event categories: DVC Discourse, Students, and Talk.

Comments are closed.

Related Events