Seminar ini merupakan satu persidangan antarabangsa yang akan mengumpulkan para cendekiawan serantau. Ia merupakan satu usaha kerjasama antara Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia (FTIUTM), Fakulti Pendidikan, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Brunei (KUPUSB) dan Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Johor. Seminar Antarabangsa Perguruan Dan Pendidikan Islam yang menggunakan singkatan SEAPPI 2012 ini akan diadakan di Hotel Sofitel, Senai, Johor Bahru. Tema seminar yang dipersetujui bersama ialah “Pengajaran Dan Pembelajaran Realistik Dalam Pendidikan Islam: Penerokaan Terhadap Kandungan Dan Kaedah”. Di samping itu beberapa sub-tema telah dipilih berkaitan dengan model kurikulum dan kaedah pengajaran Pendidikan Islam, isu-isu semasa dalam pengajaran dan pembelajaran realistik Pendidikan Islam termasuk inovasi dan aplikasi teknologi, perbandingan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Islam (tradisional dan moden), peranan dan penglibatan wanita dalam Pendidikan Islam dan latihan perguruan di institusi pengajian tinggi. Tujuan kertas kerja ini disediakan ialah untuk memohon pertimbangan dan persetujuan Ra’ es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Brunei Darussalam.
Peranan guru amat penting dalam memindahkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap kepada pelajar. Guru adalah muallim, murabbi, muaddib, mursyid, pakar rujuk, agen perubahan dan pembentuk masa depan masyarakat dan negara. Guru bertanggungjawab membentuk murid menjadi modal insan yang berguna kepada agama, diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Dalam aspek yang lain, guru juga beungkayah dan bekarih menarik minat pelajar agar mendampingi guru sebagai satu langkah berkesan dalam proses menguasai mata pelajaran yang diajarkan. Guru yang mempunyai penampilan yang baik akan menjadikan dirinya sebagai qudwah kepada pelajar terutama semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Lantaran itu, pendidikan Islam di sekolah perlu merapuskan bukan hanya aspek kesan pengajaran dan penghayatan ajaran Islam dalam kalangan pelajar, iaitu dengan menghayati isi pelajaran pendidikan Islam di sekolah dan mempraktikkannya dengan penuh rasa keikhlasan serta rasa tanggung jawab terhadap Allah, tetapi apa yang penting ialah murid tidak dipaksa menerima fakta-fakta yang abstrak mengenai ajaran Islam yang menjadikan mereka pengamal yang terlalu mekanikal dalam mengerjakan amal ibadat. Kandungan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam tidak sepatutnya hanya melahirkan pelajar yang cemerlang dalam mengingat dan menghafal teori tetapi kurang berupaya dalam menilai dan menghayati teori, malah kurang mahir dari segi praktikalnya.
Kegiatan keilmuan mempunyai kaitan yang sangat erat dengan keutuhan tamadun. Perkembangan ilmu yang mantap dan sistematik akan menjana kekuatan sesebuah tamadun. Dalam hubungan itu, Ibnu Khaldun melalui kitabnya "Muqaddimah" menyatakan bahawa semakin banyak ilmu semakin meningkat pembangunan dan ketamadunan. Beliau menambah bahawa kemajuan yang dicapai oleh kota-kota Baghdad, Cordova, Qayrawan, Basrah dan Kufah adalah rentetan dari perkembangan ilmu pengetahuan. Tetapi apabila bandar-bandar itu mundur maka aktiviti keilmuan juga semakin berkurangan (Mohd. Kamil 2006).
Menurut Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulum al-Din, pembelajaran adalah satu aktiviti sepanjang hayat atau pembelajaran berterusan tanpa henti dan tidak terikat dengan peningkatan usia. Untuk itu, Imam al-Ghazali mengingatkan masyarakat agar berusaha mendapatkan ilmu yang bermanfaat dan tidak menghabiskan masa dengan ilmu yang tidak bermanfaat. Imam al-Ghazali memperkenalkan ilmu bermanfaat sebagai ilmu terpuji (mahmudah) dan ilmu tidak bermanfaat sebagai ilmu terkeji (mazmumah). Selain daripada itu, Ibn Khaldun pula membahagikan ilmu kepada dua, iaitu ilmu naqli dan ilmu aqli. Ilmu naqli merujuk kepada ilmu yang datangnya dari syara' sama ada dari al-Quran dan al-Sunnah. Sementara ilmu aqli pula ialah ilmu yang dijana oleh pemikiran manusia sehingga dapat membezakan antara yang baik dan buruk.
Pada zaman global secara khususnya, pendekatan pembelajaran berterusan amat diperlukan kerana umat Islam mengalami krisis kurang memahami metodologi yang betul dalam mereka-bentuk kurikulum dan kandungan ilmu pengetahuan Pendidikan Islam. Memang mudah mengatakan rujukan adalah daripada al-Quran dan al-Sunnah, tetapi dalam pelaksanaan tidaklah sekubit itu. Ada ketikanya individu gagal memahami Islam secara praktikal yang dicernakan dalam bentuk program dan retorik malah kadang-kadang terkial-kial sehingga akhirnya gagal dioperasi dengan baik, sempurna dan betul. Oleh itu klasifikasi dan metodologi ilmu harus disintesis antara yang lama dan yang baru agar generasi pelapis dapat memahami, menghayati dan mengamalkan ilmu tersebut dengan baik dan sempurna.
Hal ini menunjukkan bahawa ilmu haruslah diterokai sepanjang masa dan berperingkat-peringkat baik di peringkat dasar mahupun di peringkat menengah atau di peringkat universiti. Dalam mereka-bentuk kandungan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam, pandangan tokoh- tokoh ilmuan Islam yang pakar dan berwibawa sama ada pada zaman silam atau masa kini seharusnya dirujuk. Oleh itu, atas dasar tersebut, seminar ini perlu dilaksanakan untuk mengumpul idea dan pemikiran tokoh-tokoh keilmuan Islam.
Antara objektif seminar ialah untuk:
- Meneroka dan mengumpul khazanah ilmu berkaitan kandungan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.
- Mendalami pemikiran dan pendekatan tokoh sarjana Islam dalam bidang pendidikan Islam dan pembangunan modal insan.
- Mengenal pasti model kurikulum dan kaedah pengajaran dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.
- Model kurikulum dan kaedah pengajaran Pendidikan Islam menurut al-Quran dan Hadis serta sarjana Islam silam dan semasa.
- Model kurikulum Pendidikan Islam di peringkat pengajian tinggi, menengah dan rendah: pengalaman negara serantau.
- Kandungan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran al-Quran, Ilmu Tauhid, Ilmu Fiqh, Kitab Turath dan sebagainya.
- Isu-Isu semasa dalam pengajaran dan pembelajaran realistik Pendidikan Islam.
- Inovasi dan aplikasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.
- Perbandingan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Islam (tradisional dan moden).
- Peranan dan penglibatan wanita dalam Pendidikan Islam.
- Latihan perguruan bidang Pendidikan Islam di institusi pengajian tinggi.
- Integrasi Sistem Pendidikan Moden dan Sistem Pendidikan Pondok.
| Penaung: | : | Y. Bhg Prof. Dato’ Ir. Dr. Zaini bin Ujang &Naib Canselor, UTMY. Bhg Dr. Hajah Masnon binti Haji Ibrahim |
| Ra’es, KUPUSB | ||
| Penasihat | : | Porf. Madya Azmi Shah bin Suratman
Dekan Fakulti Tamadun Islam UTM Dr. Haji Abdullah bin Haji Awang Lampoh |
| Dekan Fakulti Pendidikan KUPUSB
Ustaz Haji Mohd Nasir B. Amir Timbalan Ketua Eksekutif MARSAH
|
||
| Pengarah I | : | Prof Madya Dr. Ramli bin AwangMuhammad Sanusi Md. Noh |
| Pengarah II | : | Dayang Hajah Siti Zanah binti Haji BesarTimbalan Dekan Fakulti Pendidikan |
| Timbalan Pengarah I | : | Dr. Nasrul Hisyam bin Nor Muhammad |
| Timbalan Pengarah II | : | Awang Mazne bin Haji Othma |
| Setiausaha I | : | Dr. Kamarul Azmi bin Jasmi |
| Setiausaha II | : | Awang Haji Yahya bin ApongPendaftar KUPU SBDr. Siti Norlina binti Muhamad |
| Bendahari | : | Cik Hasnah binti Mohamad.Timbalan Bendahari UTMPengiran Anak Haji Damit Badaruddin bin Pengiran Anak Haji SafiuddinBendahari KUPU SB |
| Pendaftaran | : | Pn. Masniza binti OsmanCik Syahida Fadilla binti Mokhtar |
| Pegawai Perhubungan Antarabangsa | : | Encik Ahmad Hilman bin BorhanAwang Adi Rani Soffian bin Haji Abd Rahman |
| Kertas Kerja | : | Ust. Mohd Nasir Ripin (Ketua)Dr. Mif Rohim bin Noyo SarkunDr. Mohd. Fauzi bin Abu @ HussinDr Zainuddin bin Abu BakarDr Dayang Hajah Tiawa binti Awang Hj. HamidAwang Haji Roslan bin Haji Untong
Dayang Hajah Salamah binti Haji Kalong
|
| Pengangkutan dan PenginapanTetamu / Liason | : | PM Dr. Hussin bin Salamon (Unit Pengangkutan-Ketua)PM Dr. Sulaiman bin KadikonDr. Abdul Rahman bin HamzahUstaz Ahmad Kilani bin MohamedAwang Haji Mohd Salleh bin Lebar
Ustaz Idris bin Ismail (Unit Penginapan- Ketua) Dayang Amshahnoorwadi binti Haji Yakub |
| Penerbitan / Dokumentasi | : | Ustaz Nurazmallail bin Marni (Ketua)Ustaz Mohd Naem bin Mat BasirDr. Buerah binti TunggakAwang Zulkifli bin Haji ZakariaDayang Hajah Norani binti Mohd Said |
| Makanan | : | Ustaz Abdullah bin Sulong (Ketua)Ustazah Maznah binti AliDayang Hajah Masni binti Haji Abdul Manaf |
| Penajaan danPublisiti | : | Ustaz Ahmad Muhyuddin bin Hj. Hassan (Unit Penajaan -Ketua)Dr Mohd Al-Ikhsan bin GhazaliUstaz Md. Abbas bin Abd LatifUstaz Ahmad Puhad bin AlimAwang Kharhan bin Haji Jait
Ustaz Sayed Mahusain bin Sayed Ahmad (Unit Publisiti-Ketua) Ustaz Sulaiman Shakib bin Mohd Nor Ustaz Abd Halim bin Zulkifli Wakil CICT Awang Haji Suhaibon bin Haji Othman
|
| Resolusi | : | P.M. Dr. Aminuddin bin Ruskam (Ketua) |
| Dr. Tamar Jaya bin NizarP.M. Dr Yahya bin JusohUstazah Khairiah binti Abdul JamilDr Mokhtar bin IsmailAwang Haji Hassan ManurungTuan Haji Jumaat Abu Bakar | ||
| Urusetia | Dayang Amshahnoorwadi bin Haji YakubAwang Haji Roslan bin Haji UntongPuan Neng Nurashimah JaafarCik Syahida Fadilla Bt. MoktarHj. Khasly B. Ariffin
En. Mohd. Hazriq B. Yahya Cik Noorina Bt. Md Zein
|
|
- Bersempena dengan kerjasama rapat antara KUPUSB dengan FTI dan institusi-institusi pendidikan yang lain
- Mendokumentasi isu-isu yang berkaitan dengan kandungan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam antara enam buah negara, iaitu Brunei, Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan Kemboja.
Peserta dan pembentang SEAPPI 2012 ini adalah terdiri daripada kalangan para pemikir, penyelidik, ahli akademik, para pendidik, wakil agensi kerajaan dan swasta, wakil NGO, mahasiswa IPTA dan IPTS dari Malaysia dan serantau. Penerimaan kertas kerja untuk dimasukkan ke dalam prosiding SEAPPI 2012 adalah menurut syarat-syarat dan kualiti yang ditentukan oleh Jawatankuasa SEAPPI 2012. Jumlah peserta adalah dianggarkan seramai 300 orang.
Tarikh Penting
- Tarikh akhir menghantar abstrak ialah pada 7 Februari 2012
- Tarikh akhir pengesahan penyertaan ialah pada 7 Februari 2012
- Tarikh akhir menghantar kertas kerja ialah pada 10 Febuari 2012
- Tarikh seminar ialah pada 8 - 9 Mac 2012
Ucaptama adalah dari kalangan tokoh-tokoh yang berpengalaman dan berkebolehan dalam isu-isu berkaitan kandungan dan pengkaedahan Pendidikan Islam. Mereka terdiri daripada tokoh-tokoh akademik serantau khususnya dalam bidang Pendidikan Islam.
Ucaptama (1):
Dato Dr. Sidek Fadhil
Pendidikan al-Hikmah: Cabaran dan Realiti
Ucaptama (2): Wakil Brunei: Ra’es KUPUSB:
Y. Bhg Dr. Hajah Masnon binti Haji Ibrahim
Peranan Guru Pendidikan Islam dalam Pola Masyarakat Global
Ucaptama (3): Wakil Singapura:
Dr. Sa'eda Buang
Pengajaran dan Pembelajaran Realistik Pendidikan Islam: Pengalaman Singapura
Ucaptama (4): Wakil Indonesia:
Prof. Dr. Suwito
Pengajaran dan Pembelajaran Realistik Pendidikan Islam: Pengalaman Indonesia
Ucaptama (5) Wakil Thailand:
Y. Bhg Dr. Kader Sa-ah
Pengajaran dan Pembelajaran Realistik Pendidikan Islam: Pengalaman Thailand
Ucaptama (6): Wakil Vietnam:
Y. Bhg Dr. Phu Van Han
Pengajaran dan Pembelajaran Realistik Pendidikan Islam: Pengalaman Vietnam
Seminar ini akan dibiayai oleh yuran peserta dan sumbangan penaja.
Peserta seminar akan dikenakan bayaran mengikut kadar berikut:
| Penyertaan | Tempatan | Antarabangsa |
| Pembentang | RM 350 | USD 250 |
| Peserta (individu/institusi) | RM 300 | USD 200 |
| Pelajar | RM 250 | USD 150 |
Seminar ini tidak mempunyai implikasi keselamatan samada kepada negara atau pun dasar-dasar negara.
Aturcara Bengkel dan Konferens (Tentatif)
|
HARI PERTAMA 08 Mac 2012 (Khamis)
|
||
| 7.30 - 8.15 pagi | : | Pendaftaran |
| 8.15 - 9.15 pagi | : | Pembentangan Kertas Kerja (Sesi Selari) |
| 9.15 - 9.45 pagi | : | Kudapan |
| 9.45 - 10.30 pagi | : | Ucaptama (1):Professor Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud:
Falsafah dan Pemikiran dalam Pendidikan Islam di Alam Melayu
|
| 10.30 - 11.15 pagi | : | Ucaptama (2):Y. Bhg Dr. Hajah Masnon binti Haji Ibrahim
Ra’es KUPUSB Peranan Guru Pendidikan Islam dalam Pola Masyarakat Global
|
| 11.15 -12.00t/hari | : | Ucaptama (3):Mohamed Fatris Bin Bakaram
Mufti Singapura Pengajaran dan Pembelajaran Realistik Pendidikan Islam: Pengalaman Singapura |
| 12.00 – 1.00 petang |
: |
Pembentangan Kertas Kerja (Sesi Selari) |
| 1.00 - 2.30 petang | : | Makan Tengahari/Rehat |
| 2.30 - 3.45 petang | : | Pembukaan Perasmian (ucapan pengerusi majlis, ucapan pengarah seminar, ucapan menteri dan perasmian, montaj) |
| 3.45 - 4.30 petang | : | Ucaptama (4):Prof Dr Yudiani
Pengajaran dan Pembelajaran Realistik Pendidikan Islam: Pengalaman Indonesia |
| 4.30 - 5.00 petang | : | Minum Petang |
| 8.00-8.15 malam | : | Ketibaan tetamu |
| 8.15-8.20 malam | : | Ucapan pengerusi majlis |
| 8.20-8.40 malam | : | Ucapan menteri (ucapan santai) |
| 8.40-10.00 malam | : | Jamuan makan malam |
|
HARI KEDUA 09 Mac 2012 (Jumaat)
|
||
| 9.00 – 9.45 pagi | : | Ucaptama (5)Dr. Madman
Pengajaran dan Pembelajaran Realistik Pendidikan Islam: Pengalaman Thailand |
| 9.45 – 10.15 pagi | : | Kudapan |
| 10.15 - 12.15 petang | : | Pembentangan Kertas Kerja (Sesi Selari) |
| 12.15 - 2.30 petang | : | Makan Tengahari/Solat Jumaat |
| 2.30 - 3.15 petang | : | Ucaptama (6):Ustaz Ahmad
Pengajaran dan Pembelajaran Realistik Pendidikan Islam: Pengalaman Kemboja |
| 3.15 – 4.15 petang | : | Pembentangan Selari |
| 4.15 - 4.30 petang | : | Resolusi |
| 4.30 – 5.00 petang | : | Majlis penutup |
| 5.00 petang | : | Minum Petang |
Kertas kerja cadangan SEAPPI 2012 mohon diluluskan oleh Ra’es, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Brunei untuk dikemukakan kepada pihak Kementerian.
Sebarang maklumat boleh email kepada kami di
seappi2012@utm.my
atau berhubung dengan urusetia seminar
07-5535077 (Bilik Urusetia)
07-5535070 (Pn.Siti Norlina)
07-5535086 (En.Kamarul Azmi)
07-5535101 (Faks)
atau tinggalkan mesej anda di bawah ini:-




