MoU UTM dan CISCO

Deepest appreciation to YBrs. Mr. Sandeep Mehra, Head of Enterprise ASEAN, YBrs. Madam Hana Raja, Managing Director of Cisco Systems Malaysia and the Cisco team for the exceptional and longstanding relationship with UTM.
The purpose of this MoU is to formalise the initial mutual agreement between UTM and Cisco in terms of digital talent development, teaching & learning, and technology & digital innovation.
I hope that this partnership will escalate the exchange/sharing of experts, ideas, and insights between UTM and Cisco, in the pursuit of academic and research excellence especially in computing & engineering.
Thank you Madam Hana Raja and the Cisco team. Congratulation to the School of Computing FE, UTM CDEX and UTM Digital for this collaboration.

Moa Signing Ceremony Between Universiti Teknologi Malaysia And Bio Life Neutraceuticals Sdn Bhd

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) & Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

KUALA LUMPUR, 23 Mac 2022 – Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) & Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Majlis menandatangani MoU berkenaan telah disempurnakan oleh Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ts Dr Ahmad Fauzi Ismail bersama Ketua Pengarah Siber dan Elektromagnetik Pertahanan ATM, Laksamana Muda Datuk Shamsuddin Ludin serta di saksikan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM di Wisma Pertahanan, hari ini.
Memorandum persefahaman ini merupakan kerjasama strategik yang diusahakan oleh ATM melalui Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan serta UTM dalam aspek akademik, penyelidikan dan pembangunan untuk manfaat secara bersama.
Semoga dengan persefahaman antara kedua-dua pihak ini dapat meningkatkan lagi pertukaran dan perkongsian ilmu dan kepakaran antara UTM dan ATM dalam usaha mencapai kecemerlangan di samping mencapai visi dan misi organisasi.

Majlis Menandatangani MoU antara UTM dengan MIROS

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) memperkukuhkan jalinan kerjasama strategik dengan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (atau lebih dikenali sebagai MIROS) melalui pelaksanaan majlis menandatangani dan pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) yang dilaksanakan di UTM Kuala Lumpur pada 17 Mac 2022. Memorandum tersebut telah ditandatangani oleh Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail manakala MIROS diwakili oleh Ketua Pengarah, Dato’ Dr Khairil Anwar bin Abu Kassim. Majlis ini disaksikan oleh Pengerusi MIROS Prof. Dr. Wong Shaw Voon, serta pegawai-pegawai tinggi UTM dan MIROS yang lain.
Untuk makluman, UTM dan MIROS telah menjalinkan kerjasama sejak tahun 2008 lagi melalui pelbagai aktiviti. Dengan kepakaran sedia ada di UTM dan MIROS, MOU yang dimeterai ini akan terus memfokuskan kepada aktiviti-aktiviti bermanfaat merangkumi pembangunan bakat holistik, upskilling & reskilling staf, pemerkasaan penyelidikan, pengkomersialan & inovasi, serta meningkatkan jalinan hubungan strategik dengan rakan industri-kerajaan-komuniti dalam negara dan juga ASEAN terutamanya berkaitan dengan keselamatan jalan raya. Usahasama ini akan diselaraskan oleh Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT) selaku penyelaras kerjasama UTMxMIROS diketuai oleh Prof. Madya Ir Ts Dr Nurulakmar binti Abu Husain.
Hubungan di antara kedua-dua pihak adalah sejajar dengan intipati UTM enVision 2025 serta perubahan landskap pendidikan tinggi. Selain itu, perjanjian ini boleh menjadi titik tolak ke arah peningkatan tahap keselamatan jalan raya bagi mengurangkan kadar kematian dan kecederaan jalan raya sebanyak 50% menjelang tahun 2030 sepertimana saranan Sustainable Development Goals (SDG) 2030.
Komitmen kedua-dua pihak dalam mengenalpasti projek-projek atau intervensi-intervensi yang akan menyumbang kepada pembangunan keselamatan jalan raya, ekonomi, industri dan teknologi bukan sahaja bagi kepentingan kedua-dua pihak, UTM dan MIROS tetapi juga untuk negara Malaysia tercinta.

MoU Between UTM And HDA Future Tech Sdn. Bhd. (HDAFT)

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dengan Majlis Ekuin Malaysia (MEM)