Sesi Penyerahan Bendera Serta Tajaan Kepada Azim Afif Untuk Expedisi Keluarga Malaysia Everest 2022

Datuk Naib Canselor hari ini menyerahkan bendera UTM dan tajaan kepada Encik Azim Afif (alumni UTM), ketua pendaki bagi Expedisi Pendakian Keluarga Malaysia Everest 2022.
Tajaan kepada Encik Azim Afif sebagai tanda sokongan pihak UTM kepada alumni UTM yang turut berhasrat memeriahkan sambutan 50 tahun UTM pada tahun ini dengan mengibarkan bendera UTM di puncak Everest.
Beliau yang akan mendaki bersama 9 lagi pendaki lain termasuk satu orang kelainan upaya (oku) dalam misi menawan puncak Everest pada pertengahan bulan Mei kelak yang mendapat tajaan daripada pihak kerajaan.
Turut hadir ke sesi penyerahan ini adalah Tan Sri Dr Salleh Md Nor, Pro Canselor UTM merangkap Chef de Mission, Prof Madya Dr Mohd Hisyam Rasidi, Pengarah UTMAlumni dan wakil pengurusan yang lain.
Sama-sama kita doakan kejayaan alumni UTM ini untuk mengetuai dan seterusnya menawan puncak Everest nanti.

Majlis Penyerahan Kaki Palsu Sempena Program CSR UTM & 3D Gens Sdn Bhd

Pelancaran Buku Sedekad Transformasi UTM Kuala Lumpur ( 2010 -2020) Sempena Program Disini Bermula, Gemilang UTMKL

Bacaan Yasin Sempena Sambutan UTM 50 Tahun

Majlis Lafaz Perisytiharan Pentauliahan dan Pemakaian Pangkat Kadet Palapes Darat Universiti Awam Ke-39 (Zon Selatan)

Prapelancaran Sambutan 50 Tahun UTM (Dalam Talian)

Tahun 2022 adalah genap 50 tahun UTM mencapai taraf sebagai universiti terulung di Malaysia. UTM terus memperkukuh reputasi di peringkat antarabangsa melalui aktiviti pendidikan dan penyelidikan. Pelbagai kejayaan dicapai dalam mempertingkat ranking dunia secara konsisten. Rentetan kejayaan yang dicapai, ianya wajar diraikan oleh seluruh warga kampus.

Sehubungan itu, sambutan sempena 50 tahun penubuhan Universiti Teknologi Malaysia (14 Mac 1972 – 14 Mac 2022) dilihat bertepatan dalam menghargai aspirasi kecemerlangan dan kejayaan semua pihak dalam pembangunan UTM. Pelbagai program sepanjang tahun 2022 bermula Januari 2022 sehingga Disember 2022 telah diatur untuk menyemarakkan Sambutan 50 Tahun UTM.