Majlis Perhimpunan Bulanan (Mei) Bersama Datuk Naib Canselor 2019

Konvensyen Anugerah Inovasi Perkhidmatan (AIP) 2018

BIOMEHS Appreciation & Annual Grand Meeting 2019

Festival Konvokesyen UTM Ke-62 (FESKO 62)

Festival Konvokesyen Kali Ke-62 atau FESKO62 merupakan program terbesar dianjurkan di Universiti Teknologi Malaysia, UTM.

Tema FESKO62 kali ini adalah Synergy, Excellence dan Extraordinary seiring dengan matlamat kami yang ingin menunjukkan kepada warga UTM dan orang awam bahawa FESKO62 kali ini berlainan. Selain aspek seperti keilmuan, kerohanian, kekeluargaan dan kemasyarakatan, FESKO62 juga menerapkan aspek keusahawanan dalam setiap pengisian aktiviti sepanjang festival berlangsung. Program ini bakal berlansung selama sepuluh hari iaitu dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 malam bertempat di Dataran UTM. Pada FESKO60 yang lepas, jumlah pengunjung yang hadir ke tapak festival dianggarkan melebihi 100 ribu orang dan jumlah ini tidak termasuk bilangan mahasiswa yang sudah pun berada di dalam UTM. Jadi pada tahun ini kami berhasrat agar mampu mencapai target untuk meningkatkan lagi jumlah pengunjung yang hadir ke tapak FESKO.

Di samping itu, khemah akan disediakan bagi tujuan pameran, pasaran korporat, dan kaunter promosi serta penggerai-penggerai yang menjual pelbagai jenis produk dan makanan untuk pengunjung yang hadir ke FESKO62. Untuk makluman, perasmi program yang dicadangkan ialah Yang Berbahagia Dr. Maszlee Bin Malik, Menteri Pendidikan Malaysia.

Majlis Konvokesyen Ke-63 Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Istiadat Pertauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES Universiti Awam (UA) Ke-38

Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES UA ke-38 bakal berlangsung pada 3 Ogos 2019 bertempat di Dataran Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru.