Program Derma Darah KTHO

Karnival Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2019

Fakulti Kejuruteraan telah mengadakan Karnival Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2019 pada 23 – 25 Sept 2019 di P19, UTM Johor Bahru. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti pameran keselamatan dari pihak luar dan unit OSHE UTM. Acara Fun Run terpaksa dibatalkan disaat akhir akibat dari keadaan jerebu yang melanda negara sekarang namun acara lain berjalan seperti biasa seperti ceramah keselamatan. Hari kedua Sekolah Komputeran telah menganjurkan Hazard Run manakala Sekolah Kejuruteraan Bioperubatan dan Sains Kesihatan menganjurkan kempen derma darah dan pemeriksaan kesihatan dari Hospital Sultan Ismail dan KPJ bagi memeriahkan lagi karnival kali ini.

Festival Integrasi Kolej Perdana (FIESCOPE)

Fiesta OSHE 2019 @ UTM TTC

Pelbagai sesi perkongsian ilmu, taklimat dan aktiviti akan diadakan sempena Fiesta OSHE 2019 pada 18-19 Feb 2019 ini oleh UTM Talent Transformation Centre​.
Semua warga UTM dan komuniti setempat dijemput hadir.

PELBAGAI AKTIVITI MENARIK !!
Siri ceramah integriti, OSHE, kaunseling & kesihatan wanita
Kempen derma darah
Pameran pelbagai agensi
Latihan kebakaran & fire drill
Siri ceramah ( Kaunseling, OSHE, Intergriti, Kaunseling & kesihatan wanita)
Kempen derma darah
Latihan kebakaran & fire drill
Pameran asas kesihatan
Food truck & mini sale

Hari Terbuka Dan Karnival Gaya Hidup Sihat UTM Kuala Lumpur 2019

ari Terbuka dan Karnival Gaya Hidup Sihat UTMKL 2019. 25- 29 November 2019. Staf/pelajar/Orang awam dijemput hadir!

Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2019

Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2019

“Cakna Diabetes : Keluarga Prihatin, Kesihatan Terjamin”

PROSIS UTM dengan kerjasama Pusat Kesihatan Universiti UTM Johor Bahru dan Persatuan Diabetes Malaysia (Cawangan Tanjung Puteri, Johor) akan menganjurkan Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2019.

Antara aktiviti menarik :

📍 Pemeriksaan Kesihatan (Percuma)
📍 Pemeriksaan Gigi (Percuma)
📍 Senamrobik
📍 Sukan Rakyat
📍 Kempen Derma Darah oleh HSA
📍 Pameran Kesihatan
📍 Ceramah Diabetes
📍 Food Truck

Tarikh : 16 November 2019
Jam : 730 pagi – 3.30 petani
Tempat : Dewan Sri Alam, Kolej Tun Fatimah, UTM JB

Dijemput semua pelajar, staf dan orang ramai untuk hadir

*Mata merit akan diberikan kepada pelajar
*CPD akan disediakan kepada staf yang hadir
*Makanan disediakan untuk 150 peserta terawal