Pesta Makanan Halal & Citarasa Malaysia FESKU UTM

Festival Keusahawanan - FESKU 2022 mengemaskini nombor telefon mereka.

School (BIOMEHS UTM) Engagement Day 2022

Residensi UTMKL Carnival

Program diadakan bersempena Karnival Residensi yang akan berlangsung dari 5 hingga 7 April 2019. Antara pengisian program ialah Perasmian & Pameran Galeri Seni, Perasmian & Pertandingan Busking, UTMKL Fest dan Muhadara Misi Kemanusiaan Bersama Heliza Helmi dan lain-lain. Antara tetamu kenamaan ialah Tan Sri Abdul Halim Ali, Pengerusi Lembaga Pengarah UTM.

 

Karnival Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2019

Fakulti Kejuruteraan telah mengadakan Karnival Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2019 pada 23 – 25 Sept 2019 di P19, UTM Johor Bahru. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti pameran keselamatan dari pihak luar dan unit OSHE UTM. Acara Fun Run terpaksa dibatalkan disaat akhir akibat dari keadaan jerebu yang melanda negara sekarang namun acara lain berjalan seperti biasa seperti ceramah keselamatan. Hari kedua Sekolah Komputeran telah menganjurkan Hazard Run manakala Sekolah Kejuruteraan Bioperubatan dan Sains Kesihatan menganjurkan kempen derma darah dan pemeriksaan kesihatan dari Hospital Sultan Ismail dan KPJ bagi memeriahkan lagi karnival kali ini.

Karnival Lestari Iskandar Puteri (KLIP 2019)

Jemputan Rasmi ke KARNIVAL LESTARI ISKANDAR PUTERI (KLIP 2019)

KLIP 2019 merupakan sebuah program mengenai kempen kepentingan memelihara alam sekitar serta kesan amalan mengitar semula dapat memberi pendedahan, manfaat dan hasil yang positif kepada masyarakat

Semua warga UTM dan komuniti MBIP dijemput memeriahkan KLIP 2019 anjuran persatuan pelajar Senibina Landskap (EARTH) Fakulti Alam Bina dan Ukur dengan usahasama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP)

Tarikh: 12 Januari 2019 (Sabtu) 
Tempat: Dewan MBIP
Masa : 8.00pagi – 3.00ptg

Ahli keluarga dan semua komuniti yang tinggal di kawasan MBIP amat dialu-alukan hadir dan boleh mendaftar sebagai pengunjung atau menyertai pertandingan yang dianjurkan.

•Pertandingan Fotografi dalam media sosial/GreenKnight Photo Contest

•Pertandingan Video dan Poster/Green Initiative Video and Poster Competition

•Pertandingan Compost ‘Garbage to Garden’

•Pertandingan Sculpture/ Zero Waste Hero Life Sculpture Competition

•Bengkel Permaculture-DIY Pembajaan

•Promosi ‘Zero Waste Lifestyle’ kolaborasi bersama iCycle

•Pendaftaran dan penebusan ‘barcode’ iCycle Malaysia Sdn Bhd

•Tayangan video ‘Zero Waste Lifestyle’

•Pameran

•Slot Interaktif bersama pelajar sekolah

Sila daftar nama anda dan keluarga di link Google Form 👇🏻👇🏻

https://docs.google.com/…/1FAIpQLSefgem7o6mjrJbeJ…/viewform…

Sila daftar segera, tempat adalah terhad.
SIJIL PENYERTAAN DIBERI PADA SEMUA YANG MENDAFTAR

Innovate Johor 2019 & Exhibition and Competition Industrial Art and Technology Exhibition (INATEX 2019)

Program Innovate Johor 2019 bermula 30 September – 3 Oktober 2019 bertempat di Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru. Program Innovate Johor merupakan acara penyelidikan tahunan universiti anjuran UTM dengan kerjasama pihak Kerajaan Negeri Johor.

Innovate Johor 2019 menampilkan tema “Innovation Towards Sustainable Entrepreneurship’. Program ini turut melibatkan agensi kerajaan dan swasta seluruh negeri Johor, industri, IPT, sekolah menengah dan rendah sekitar negeri Johor.

Sehubungan itu, semua adalah dijemput hadir bagi sama-sama memeriahkan program Innovate Johor 2019.

Majlis akan dirasmikan oleh YB Tuan Haji Aminolhuda bin Haji Hassan

Tarikh : 3 Oktober 2019
Masa : 2:00 Petang
Tempat : Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru

Exhibition and Competition Industrial Art and Technology ...

Exhibition and Competition Industrial Art and Technology Exhibition (INATEX 2019) – 30 September – 2 Oktober 2019