1st National Biomedical Engineering Conference (NBEC 2021) : Advanced Technology for Modern Healthcare

Konvensyen Kebangsaan Pengurusan Ekonomi Masjid & Lawatan Kerja ke Masjid-Masjid Singapura

Konvensyen Kebangsaan Pengurusan Ekonomi Masjid & Lawatan Kerja ke Masjid-masjid Singapura

Konvensyen Muzik Orkestra Tradisional Cina 2020

Konvensyen Muzik Orkestra Tradisional Cina 2020 adalah muzik konvensyen ke-3 dianjurkan oleh PETERANA (Kumpulan Orkestra Trasisional Cina), bertema <Durare Eternamente>. Tema ini membawa maksud kekal dan selamanya. Ini melambangkan semua ahli menaruh semangat asal semasa kami menubuhkan kumpulan ini untuk memimpin kumpulan ini dengan sedaya upaya. Selain itu, budaya kumpulan ini dapat dikekalkan dan terus berinovasi serta maju. Kami akan mempersembahkan muzik kami dengan pelbagai jenis gaya untuk meneruskan semangat muzik kumpulan ini. Durare Eternamente merupakan bahasa Italian yang bermaksud kekal selamanya. Ini termasuk harapan kami terhadap kumpulan ini dapat terus berkembang pada masa yang akan datang.

Tujuan mengadakan konvensyen muzik ini adalah untuk memperkenalkan kesenian tradisional cina dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di UTM selaras dengan dasar-dasar kerajaan Malaysia dan bermatlamat untuk mempromosikan budaya tradisional cina, muzik dan seni serta meningkatkan kualiti dan pengalaman ahli-ahli.

Konvensyen Inovatif, Efisien & Produktif UTM kali ke-4 Tahun 2019

Konvensyen Inovatif, Efisien & Produktif UTM kali ke-4 Tahun 2019 (Kumpulan Inovatif dan Kreatif)

9 Disember 2019 (Isnin)
Dewan Bankuet, BCSI

Semua dijemput hadir
Mata CPD diberikan
Hadiah kuiz diberikan kepada yang berjaya menjawab soalan semasa konvensyen berlangsung.

Konvensyen Pentadbir 2019 : Pentadbir Sejahtera Aspirasi Negara

Layari https://www.utm.my/konvensyenpentadbir/ untuk maklumat lanjut

Konvensyen Kualiti UTM Tahun 2019

LATAR BELAKANG

Anugerah Kualiti Perkhidmatan (AKP) telah diperkenalkan sejak tahun 2010. Anugerah ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada PTJ yang telah menjalankan inisiatif berfokuskan kualiti dan menunjukkan impak yang signifikan kepada pelanggan. Kriteria yang diguna pakai adalah selaras dengan kriteria dalam Sistem Penarafan Bintang (SSR) dan Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) di bawah MAMPU.

Anugerah Kualiti Akademik (AKA) akan memberikan fokus kepada penghasilan High Performance Delivery (HPD) di UTM. HPD ini akan memberikan impak yang positif ke arah pencapaian Rating Tier 6 untuk SETARA 2015 dan D’ SETARA 2015, pencapaian KAI 100% oleh TNC (A&A), pelaksanaan yang berkesan kepada Akademia Baru, perkhidmatan yang berkesan kepada masyarakat dan sumbangan kepada UTM Branding.

OBJEKTIF

i. Memperkasa budaya kerja cemerlang di setiap fakulti dan bahagian UTM;

ii. Menghayati amalan terbaik dan strategi pengurusan cemerlang;

iii.Memberi manfaat kepada fakulti dan bahagian, menilai tahap kecemerlangan masing-masing
dan melaksanakan penambahbaikan berterusan;

iv. Menggalak persaingan sihat antara fakulti dan bahagian untuk kecemerlangan organisasi;

v. Memberi pengiktirafan secara formal kepada fakulti dan bahagian yang menunjukkan inisiatif
dan pencapaian cemerlang dalam semua aspek pengurusan bertunjangkan kepimpinan yang unggul.