Program Senamrobik Gaya Hidup Sihat UTM

Majlis Perasmian Penutup Program Kembara Kayuhan 50 Tahun UTM

Kayuhan Pencarian Harta Karun 50 Tahun UTM

May be an image of 8 people, people standing and outdoors

Program Kayuhan Bersama TNCHEP

Sesi Penyerahan Bendera Serta Tajaan Kepada Azim Afif Untuk Expedisi Keluarga Malaysia Everest 2022

Datuk Naib Canselor hari ini menyerahkan bendera UTM dan tajaan kepada Encik Azim Afif (alumni UTM), ketua pendaki bagi Expedisi Pendakian Keluarga Malaysia Everest 2022.
Tajaan kepada Encik Azim Afif sebagai tanda sokongan pihak UTM kepada alumni UTM yang turut berhasrat memeriahkan sambutan 50 tahun UTM pada tahun ini dengan mengibarkan bendera UTM di puncak Everest.
Beliau yang akan mendaki bersama 9 lagi pendaki lain termasuk satu orang kelainan upaya (oku) dalam misi menawan puncak Everest pada pertengahan bulan Mei kelak yang mendapat tajaan daripada pihak kerajaan.
Turut hadir ke sesi penyerahan ini adalah Tan Sri Dr Salleh Md Nor, Pro Canselor UTM merangkap Chef de Mission, Prof Madya Dr Mohd Hisyam Rasidi, Pengarah UTMAlumni dan wakil pengurusan yang lain.
Sama-sama kita doakan kejayaan alumni UTM ini untuk mengetuai dan seterusnya menawan puncak Everest nanti.

Senamrobik Perdana Siri 2/2022