Majlis Amanat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) 2018

Visited 76 times , 2 Visits today

December 2, 2018 - December 2, 2018
8:30 am to 12:00 pm

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Teknologi Malaysia dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam akan menganjurkan Majlis Amanat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang bakal disampaikan oleh YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA). Maklumat butiran adalah seperti berikut:

Tajuk : Saya Yang Menjalankan Amanah
Tarikh : 2 Disember 2018 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat : Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru

3. Sehubungan dengan itu, saudara adalah diwajibkan hadir ke Majlis Amanat ini. Kehadiran saudara adalah bukti komitmen staf terhadap Universiti dan merupakan urusan rasmi Universiti. Pihak UTM amat bertuah dengan kesudian Datuk Seri KPPA untuk berjumpa dengan warga UTM. Oleh itu, kami menyeru agar semua staf mengambil peluang ini untuk mendengar amanat yang bakal disampaikan beliau.

4. Kehadiran saudara akan diambil kira sebagai mata CPD dan direkodkan dalam sistem UTMSmile.

Event categories: Staff, Talk, and UTM Calendar.