Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Program Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri & Penyampaian Sumbangan Kepada Pelajar B40 UTM

May 31, 2022 @ 2:00 pm - 5:00 pm

31 Mei 2022 – Alhamdulillah Unit Endowmen UTM dapat menganjurkan Program Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri & Penyampaian Sumbangan Kepada Pelajar B40 UTM. Majlis yg bertujuan utk mengukuhkan hubungan Endowmen UTM dengan pemegang taruh, juga menjadi wadah kpd Endowmen UTM melaksanakan amanah penyumbang utk menyalurkan sumbangan kepada pelajar UTM yg kurang berkemampuan.
Alhamdulillah dengan sumbangan ke Tabung Endowmen UTM yg telah diterima dpd pelbagai pihak, dalam majlis ini turut disampaikan sumbangan kepada 100 orang pelajar UTM JB B40 (tanpa mengira kaum) dengan setiap pelajar menerima sumbangan wang tunai RM200.00 seorang. Sumbangan telah disampaikan oleh YBrs. En. Md Derick Basir, Ketua Pegawai Eksekutif Johor Port Berhad. Johor Port Berhad merupakan antara penyumbang terbesar Tabung Endowmen UTM, selain Yayasan Azman Hashim.
Kepada para jemputan yg dapat hadir, setinggi-tinggi penghargaan & terima kasih diucapkan. Mohon maaf atas segala kekurangan dan semoga terus komited membantu Endowmen UTM.

Details

Date:
May 31, 2022
Time:
2:00 pm - 5:00 pm
Event Category:
Website:
https://www.facebook.com/photo/?fbid=10221741200542676&set=pcb.10221741206622828

Venue

Dewan Kolej Perdana
Malaysia + Google Map

Organizer

Unit Endowmen UTM