Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Program Penyampaian Sumbangan Banjir Ikhlas10 Dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Pelajar UTM Johor Bahru

April 12, 2023 @ 8:00 am - 5:00 pm

Mungkin imej 8 orang

Pada 12 April 2023 (Rabu), bersamaan 21 Ramadan 1444H, Unit UTMAlumni telah menganjurkan Program Penyampaian Sumbangan Banjir Ikhlas10 Dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Pelajar UTM Johor Bahru. Program tersebut telah diadakan di Dewan Banquet dan Masjid Sultan Ismail UTM JB. UTMAlumni telah menyerahkan jumlah keseluruhan sumbangan sebanyak RM25,000.00 kepada 100 Pelajar & 10 Alumni yang telah terjejas dengan bencana banjir yang lalu. UTMAlumni juga membuat penajaan Majlis Berbuka Puasa di Masjid Sultan Ismail UTM Johor Bahru . Kemeriahan majlis berbuka puasa turut dihadiri Staf dari Unit UTMAlumni untuk bersama-sama berbuka puasa dengan pelajar-pelajar, staf dan juga orang awam. Kedua-dua program ini adalah menggunakan Tabung Sumbangan Ikhlas10 yang dikendalikan oleh UTMAlumni. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang yang telah memberikan komitmen dan sumbangan bagi Tabung Ikhlas10 berkenaan. Semoga setiap sumbangan yang disalurkan mendapat keredhaan Allah SWT.

Details

Date:
April 12, 2023
Time:
8:00 am - 5:00 pm
Event Category:
Website:
https://www.facebook.com/photo?fbid=688129986651644&set=pcb.688129999984976

Venue

Dewan Banquet dan Masjid Sultan Ismail UTM JB
Malaysia + Google Map

Organizer

UTMAlumni