Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

UTMBuddies Student’s Circle 1/2021

July 23, 2021 @ 3:00 pm - 4:30 pm

Hampir setengah juta penduduk di negara ini mengalami kemurungan berdasarkan statistik Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) yang dijalankan pada 2019  oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Statistik merangkumi 2.3 peratus rakyat negara ini berusia 16 tahun ke atas mengalami isu kesihatan mental. Kajian NHMS pada 2017 juga mendapati tingkah laku bunuh diri dalam kalangan remaja berusia antara 13 dan 17 tahun menunjukkan peningkatan trend bagi prevalen idea bunuh diri iaitu 10 peratus berbanding 7.9 peratus pada 2012 dan peratusan tersebut semakin meningkat dengan keadaan pandemik yang masih berterusan sehingga kini.
Justeru itu, Program UTMBuddies Student’s Circle 1/2021 diadakan bagi membina dan meningkatkan  jaringan sokongan emosi dan psikososial kepada seluruh pelajar UTM agar pihak universiti sentiasa ada bersama mereka bagi mendengar sebarang keluh kesah, kelesuan fikiran dan perasaan yang dapat dibantu dan memotivasi pelajar agar terus bersemangat kental menghadapi cabaran kehidupan sebagai pelajar semasa pandemik ini.
Di atas semangat keprihatinan ini , kami dari pasukan Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Universiti Teknologi Malaysia dengan segala sukacitanya menjemput seluruh pelajar UTM untuk menyertai program UTMBuddies Student’s Circle 1/2021 pada 23 Julai 2021 bermula pada jam 3.00 petang hingga 4.30 petang.

Tuan/Puan adalah dengan segala hormatnya dimohon agar dapat menghebahkan link program ini kepada sosial media kumpulan-kumpulan pelajar di bawah pimpinan Tuan/Puan untuk penyertaan dan agar mereka dapat dibantu secara terus oleh pihak universiti bagi sokongan emosi dan psikososial secara berfokus.

Pautan Program (Webex) adalah  seperti berikut https://bit.ly/UTMBUDDIES012021
atau imbas QR CODE di poster yang dilampirkan.
Mata MyACAD disediakan.

Details

Date:
July 23, 2021
Time:
3:00 pm - 4:30 pm
Event Category:
Website:
https://bit.ly/UTMBUDDIES012021

Venue

online

Organizer

Pusat Kaunseling UTMKL