Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Program Damai Di Hati : Bunuh Diri: Bukan Jalan Penyelesaian…Tahu Langkah Pencegahan

July 16, 2021 @ 10:00 am - 11:00 am

Tahukah anda setiap tindakan untuk membunuh diri merupakan tragedi dan misteri?
 
Menurut statistik World Health Organisation (2021), terdapat lebih 700,000 orang telah mati kerana membunuh diri setiap tahun. Manakala percubaan membunuh diri juga merupakan faktor utama membunuh diri serta disebabkan mereka berasa putus asa yang sangat mendalam. 
 
Situasi pandemik Covid-19 yang melanda memberi impak yang sangat besar kepada tahap kesihatan mental di serata dunia. Isolasi sosial ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasa memberi pelbagai kesan kepada kesihatan mental rakyat Malaysia. Statistik PDRM menunjukkan berlaku peningkatan kes bunuh diri sepanjang tahun 2020 kepada 631 kes berbanding 609 kes pada tahun 2019. Bagi 3 bulan pertama tahun 2021 ini sahaja sebanyak 366 kes bunuh diri telah dilaporkan kepada PDRM. Lebih membimbangkan, secara purata sebanyak 2 kes bunuh diri berlaku setiap hari di seluruh negara bagi tempoh 2019 hingga Met 2021.
Kemurungan, kehilangan pekerjaan, ketiadaan pendapatan, gangguan psikiatrik, penggunaan bahan, ekonomi, sakit kronik, sejarah keluarga dan sebagainya merupakan antara faktor risiko penyebab kecenderungan kepada membunuh diri. Ini ditambah pula dengan ketidakmampuan untuk memperoleh penyelesaian kepada masalah atau menghadapi keadaan hidup yang mencabar. Oleh yang demikian, kesukaran demi kesukaran tersebut penyumbang kepada individu mengambil nyawa sendiri sebagai jalan keluar untuk menyelesaikan masalah dan berhadapan kesulitan. Justeru, adalah penting bagi masyarakat dan warga UTM khususnya untuk mengenal pasti individu yang mempunyai simptom untuk membunuh diri bagi mencegah perlakuan membunuh diri. 
Link penyertaan (Webex) akan dihantar setelah peserta membuat pendaftaran di https://forms.gle/Rk5vVFQRk4VaLvHe6 atau imbas QR Code yang disediakan di dalam poster di atas.

Details

Date:
July 16, 2021
Time:
10:00 am - 11:00 am
Event Category:

Venue

Online Webex
Malaysia

Organizer

Pusat Kaunseling UTMKL