“Kita adalah pengkritik diri sendiri yang paling hebat”.
Ini merupakan frasa yang menerangkan mengenai individu yang terlalu keras terhadap diri sendiri.
Individu sering melihat dan menyalahkan diri sendiri atas kekurangan fizikalnya. Media sosial termasuklah ahli keluarga, rakan-rakan serta orang di persekitaran turut menyumbang kepada tindakan memperlekeh dan menghina tubuh badan seseorang. Malahan mereka menjadikan ejekan kepada tubuh badan atau penampilan sebagai bahan jenaka dan merasionalisasikan perbuatan ini sebagai kebiasaan dan normal.
Kesannya, individu ini akan sentiasa memperhatikan diri sendiri dan membandingkan dirinya dengan orang lain sehingga membawa kepada kepercayaan bahawa sememangnya manusia dinilai berdasarkan paras rupa dan penampilan semata-mata.
Perasaan dan pemikiran negatif yang berterusan ini boleh membawa kepada perasaan malu, rendah diri, mengakibatkan individu tersebut mengasingkan diri, kebimbangan, fobia sosial, kemurungan, obsesif kompulsif, kecelaruan pemakanan, trauma dan paling membimbangkan sehingga membunuh diri.
Bagi mengupas isu ini dengan lebih lanjut, dengan segala sukacitanya Pusat Kaunseling UTM, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) menjemput seluruh warga UTM untuk menyertai program BICARA MINDA: BODY SHAMING: WAJARKAH SEKADAR WAJAH DAN PENAMPILAN JADI UKURAN? pada 29 Julai 2021 (Khamis) bermula pada jam 10.00 pagi.
Link penyertaan (Webex) akan dihantar setelah peserta membuat pendaftaran di https://forms.gle/13ZE4YPVDM8tRsY47 atau
imbas QR Code yang disediakan di dalam poster di atas.