Terma gender dysphoria merujuk kepada kesedihan psikologi secara signifikan yang terhasil akibat perasaan tidak kongruen antara jantina biologi seseorang semasa dilahirkan dengan identiti jantina semasa mereka.
Kebiasaannya gender dysphoria ini bermula dari zaman kanak-kanak. Walau bagaimanapun sesetengah individu hanya mengalaminya apabila mencapai akil baligh atau selepasnya.
Gender dysphoria boleh berlaku kepada lelaki dan perempuan. Individu yang mengalaminya pada usia lewat tidak menunjukkan sebarang tanda pada zaman kanak-kanak, namun ada yang melaporkan mempunyai keinginan untuk menjadi jantina yang bertentangan dari zaman kanak-kanak tetapi tidak memaklumkan kepada sesiapa pun. Mereka juga ingin mendapat layanan seperti mana jantina yang bertentangan.
Disebabkan gender dysphoria bertentangan dengan nilai keluarga, masyarakat dan agama, maka kesannya boleh membawa kepada perasaan malu, stress, terasing dan diasingkan, kesunyian, kemurungan, rendah harga dan keyakinan diri, masalah pemakanan, penyalahgunaan bahan dan bunuh diri.
Bagi mengupas isu ini dengan lebih lanjut, dengan segala sukacitanya Pusat Kaunseling UTM, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) menjemput seluruh warga UTM untuk menyertai program DAMAI DI HATI. GENDER DYSPHORIA: TUBUH INI BUKAN AKU YANG PUNYA… pada 30 Julai 2021 (Jumaat), bermula pada jam 10.00 pagi.