Berlangsung di Holiday Inn Hotel Al-Barsha, seramai lebih 30 alumni UTM daripada pelbagai negara berhimpun sempena Global Alumni Engagement Dubai 2021 yang diadakan pada 15 Disember 2021.
Ini merupakan pertemuan alumni pertama di peringkat global bagi UTMAlumni selepas Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Tujuan penganjuran sesi libatsama ini adalah untuk menghimpun dan mewujudkan kumpulan alumni global khas di United Arab Emiriah (UAE).
Penghargaan dan terima kasih kepada seluruh alumni UTM yang terdiri daripada pelbagai warganegara yang sudi hadir walaupun ada yang kebetulan datang daripada Riyard, Arab Saudi. Terima kasih juga kepada team UTMInternational atas peluang yang diberi untuk sama-sama berada di bumi Dubai sempena Expo 2020 di Dubai.
Terima kasih juga kepada Prof Dr. Mohd Hamdan Ahmad, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) atas kesudiaan hadir ke sesi libat sama ini mewakili pengurusan universiti.