Kursus Kreatif: Belajar Sambil Mengembara selama 5 hari 4 malam di Bali Indonesia.
PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG
Kursus Fotografi dan Studio Kreatif biasanya dilakukan secara berasingan dan dalam suasana yang agak padat. Kursus ini mencadangkan agar ia dilakukan secara kombinasi dan dilaksanakan dalam studio dan di lapangan mengikut kesesuaian keadaan. Dua kursus dijalankan secara serentak walaupun mengikut dua modul yang berasingan.
Penceramah adalah dari kalangan professional dalam bidang seni visual terutama dalam bidang Etika Visual, Fotografi (Outdoor & Indoor), Photoshop dan Mini Studio. Para peserta akan didedahkan kepada penggambaran landskap, objek dan figura secara langsung (semulajadi) dan didedahkan untuk memanupulasi teknologi bagi penghasilan visual yang lebih mengujakan.
MATLAMAT
Menjadi platform untuk kumpulan Skim B (Bakat dan Seni) di IPTA/IPTS, mempunyai ruang menyertai latihan dalam bidang keperluan tugasan semasa. Kursus juga diadakan dalam tempoh yang sesuai dengan suasana yang memberangsangkan. Peserta dapat menyertai dua sesi kursus secara serentak tetapi mencakupi dua kursus yang berbeza. Sijil kursus akan diberi mengikut dua bidang kemahiran. Secara tidak langsung tempoh kursus 2 dalam 1 ini akan membantu memenuhi sebahagian keperluan latihan yang ditetapkan dalam bindang seni visual dan kreativiti dan mendapat mata kompetensi pembangunan professional berterusan (CPD).
OBJEKTIF
i) Menyediakan ruang latihan fotografi dan studio kreatif kepada staf IPTA/IPTS/Umum yang terlibat dalam kerja kreatif.
ii) Membantu Staf IPTA/IPTS/Umum untuk menambah kemahiran professional dalam bidang pengurusan teknikal mini studio.
iii) Membangun modul latihan dalam bidang seni kreatif.
iv) Terapi visual yang baik untuk mereka yang bekerja dalam bidang visual.
v) Meningkatkan kualiti latihan di lapangan.
vi) Menjana pendapatan Universiti.