Program USR UTM-Cambodia dijalankan untuk memupuk semangat kerjasama dan sepasukan, selain semangat setiakawan, disiplin, ketahanan mental dan fizikal serta azam yang tinggi dalam kalangan warga UTM dalam usaha mewujudkan pemuafakatan antara Universiti Awam dan komuniti yang bersifat global di bawah komuniti ASEAN secara amnya.
Program pada 8 hingga 13 Ogos 2019, dilaksanakan dengan kerjasama Unit Endowmen UTM dan beberapa Pusat tanggungjawab UTM, antaranya Persatuan Pegawai Tadbir dan Iktisas (PERTISAS), UTM Alumni, Fakulti Sosial Sains dan Kemanusiaan, Fakulti Alam Bina dan Ukur, Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Sains, Badan Kebajikan Staf UTM (BAKES) serta pihak luar UTM iaitu Yayasan Pendidikan Hidayah (Senai), dan PEKA.
Program ini adalah platfrom kepada para peserta memperoleh maklumat, pengetahuan, dan pengalaman berkaitan kesusahan masyarakat Kemboja dalam meneruskan kehidupan mereka.
Pelaksanaan program ini melibatkan beberapa aktiviti iaitu Ibadah Korban, aqiqah, pembinaan telaga air, pembinaan sistem solar di madrasah, pemambahbaikan surau, pembangunan feedlot komuniti dan bantuan asnaf.
Sumbangan Penyertaan Program:
1. Korban RM350 satu bahagian lembu
2. Korban/Aqiqah RM650 seekor kambing
3. Wakaf Telaga Air RM1200 seunit
4. Wakaf Sistem Solar Di Madrasah RM200 satu bahagian
5. Wakaf Pembaikan Surau RM100 satu bahagian
6. Wakaf Pembangunan Feelot RM100 satu bahagian
7. Bantuan Asnaf sumbangan seikhlas hati
Sumbangan boleh disalurkan melalui Ambank Islamic No Akaun 8881 0209 83100 atas nama “Universit Teknologi Malaysia”. Sila emailkan slip bayaran bank melalui emel endowmen@utm.myd
Mohon alumni yang bersedia untuk melaksanakan ibadah korban ini memaklumkan nama dan bahagian dikorbankan untuk rekod dan rujukan UTMAlumni disebabkan. akaun yang diberi adalah juga terbuka untuk penerimaan korban dari lain-lain penyumbang.
Sekian, terima kasih.