UTM JALIN KERJASAMA DENGAN McD
UTM mengikat kerjasama dengan Gerbang Alaf Restaurant Sdn. Bhd. (McDonald’s Malaysia) selepas menandatangani memorandum perjanjian (MoA) yang berlangsung di Everly Hotel, Putrajaya
Kerjasama ini adalah melibatkan program pembangunan bakat melalui penyesuaian kredit dan modul pengajian antara program latihan dalaman McDonald’s dan pengajian diperingkat sarjana. Program kendalian Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim (AHIBS) –Ahibs Utm ini melayakkan pengurus terlibat menamatkan latihan seterusnya memberikan pengikhtirafan Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) kepada calon terbabit.
Hadir sama ke majlis menandatangani memorandum MoA ini adalah En Azmir Jaffar, Pengarah Urusan McDonald‘s Malaysia serta Prof Dr Mohd Cairul Iqbal Mohd Amin, Timbalan Ketua Pengarah Pengajian Tinggi (Penyelidikan dan Antarabangsa) yang hadir menyaksikan sesi tersebut mewakili Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).