
Siswapreneur Showcase merupakan program anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang telah diadakan selama 4 tahun berturut-turut melibatkan penyertaan IPT awam & swasta, Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh Malaysia. Bagi pelaksanaan program Siswapreneur Showcase Siri 2 (Zon Selatan) 2019 yang julung kali diadakan pada tahun ini, UTM menerusi Pusat lnovasi Mahasiswa dan Keusahawanan Teknologi UTM (UTM XCITE) adalah dipilih untuk membantu menyelaras program di peringkat Zon Selatan yang dirancang diadakan pada 27-29 September 2019 di Plaza Angsana Johor Bahru Mall, Johor Bahru. Di dalam program ini, mahasiswa akan melibatkan diri di dalam aktiviti perniagaan berasaskan 5 kluster iaitu makanan dan minuman, kecantikan dan kesihatan, Seni Kreatif, Kraf dan Produk Inovasi, Perkhidmatan serta fesyen dan aksesori.
Selain itu, sempena program ini juga, pelbagai aktiviti menarik akan diadakan. Kami mengundang para pelajar, ibu bapa dan warga UTM khususnya untuk bersama-sama kami didalam aktiviti yang dianjurkan ini.
Berminat untuk menyertai, sila daftar di pautan ini: http://bit.ly/2mi1MkP