Hari Kokurikulum 2019 adalah untuk menilai dan mempamerkan hasil pembelajaran kursus kokurikulum secara umumnya adalah untuk meningkatkan kemahiran insaniah pelajar UTM sesuai dengan lapan domain MQA.
Objektif Hari Kokurikulum adalah seperti berikut :
1 Menilai dan mempamerkan hasil aktiviti pembelajaran servis yang telah dijalankan bersama komuniti.3.2 Meningkatkan interaksi antara pelajar merentas disiplin, ilmu, kaum, agama dan budaya. Untuk memperkukuhkan kemahiran insaniah secara praktikal.
3 Memberi pendedahan kepada pelajar tentang hala tujuan Universiti yang berkaitan dengan pembangunan insaniah dan kebolehpasaran graduan melalui kegiatan Pembelajaran Servis (Service Learning) dan perancangan Universiti semasa.
4 Memberi pendedahan kepada pelajar UTM secara keseluruhan untuk mengetahui kursus-kursus kokurikulum berkredit dan peluang untuk mengadakan aktiviti bersama komuniti.