HARI BERSAMA PELANGGAN PPMU pertama kali nya diadakan pada tahun 2018 dimana ia bertujuan bagi menyampaikan maklumat mengenai perkhidmatan dan servis berkaitan penyelidikan menggunakan peralatan yang berteknologi tinggi yang terdapat di Pusat Pengurusan Makmal Universiti. Ia juga merupakan salah satu usaha PPMU dalam menarik lebih ramai penyelidik dan orang awam untuk hadir dan melihat dengan lebih dekat peralatan yang terdapat di UIRL,PPMU