Kelab Smartcamp, iaitu kelab di bawah naungan JKM Kolej Tuanku Canselor (KTC) dan Al Ain Malaysia Baitul Bahiyah UM telah berkolaborasi menjalankan program Khidmat Masyarakat FREE MARKET 3.0 yang menfokuskan penduduk orang asli Sungai Gabai, Hulu Langat Selangor.
Objektif utama program ini adalah membantu masyarakat orang asli,memberikan kesedaran kpd pelajar mengenai orang-orang yang memerlukan, memupuk sifat sama rata dalam semua penduduk Malaysia dan mendedahkan kpd mahasiswa UM, UTM dalam menabur bakti untuk masyarakat.
Program ini mendapat tajaan daripada PPUM, AEON, Masjid Ar Rahman, Parlimen Selangor dan penduduk Kg. Sg. Gabai.