Menerima kunjungan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Indah Water Konsortium (IWK) Sdn. Bhd., Encik Narendran Maniam serta rakan daripada IWK hari ini (20 Februari 2020). Turut bersama dalam perbincangan adalah Dr Nur Syamimi daripada Sekolah Kejuruteraan Awam (SKA).
Dalam pertemuan singkat ini, berbincang berkaitan peluang kerjasama dalam program akademik berkaitan kejuruteraan air serta cadangan mewujudkan institut penyelidikan air pada masa akan datang seperti peranan yang dimainkan oleh IPASA (Centre for Environmental Sustainability and Water Security).
>>