Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM, Prof Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail, berkata kerjasama pintar itu diharap akan meningkatkan taraf dan integriti baharu dalam industri pembersihan serta penyucian di Malaysia, sekali gus membudayakan pembersihan mengikut syarak supaya bersih lagi suci.
“Hasil kerjasama ini sijil pengesahan sertu untuk latihan dan perkhidmatan akan dikeluarkan UTM melalui Pusat Penyelidikan Fiqh Sains dan Teknologi (CFirst) serta SISB, ia akan menjadi satu tanda aras baru di negara ini.
“Ia (sijil) bukan sahaja akan menjadi simbolik pengesahan sertu, malah proses menyeluruh merangkumi prosedur operasi standard (SOP) termasuk proses keselamatan dalam memastikan kesucian dan kebersihan mutlak,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mewakili UTM dan menandatangani MoU serta MoA sambil disaksikan Pengarah CFirst UTM, Prof Dr Farahwahida Mohd Yusof. >>