Sukacita dimaklumkan Car Free Day@UTMKL diadakan pada hari Rabu minggu ke-4 setiap bulan. Ini adalah salah satu inisiatif bagi menyokong pengurangan penggunaan kenderaan bermotor di dalam kampus bagi menyokong budaya komuniti rendah karbon dan amalan gaya hidup sihat di kampus UTMKL. Car Free Day@UTMKL 2.2 Series 2/2020 akan diadakan pada 26 Februari 2020 (Rabu).
Semua warga UTMKL adalah digalakkan menyokong usaha program ini.