Program Kem Qiam ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Program Lifestyle @ UTMKL. Seramai 140 orang pelajar dan 26 orang guru dari SMK Hillcrest, Taman Sri Gombak telah berminat untuk menyertai program ini dan sekaligus menganjurkan Bengkel Motivasi bagi pelajar-pelajar mereka yang bakal menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akhir tahun ini.
Taklimat Program oleh Ketua Fasilitator, Ceramah Motivasi seterusnya iftar jamaie hinggalah solat Tarawih, sebelum qiamullail dan berakhir dengan lawatan sekitar kampus