Program ini merupakan satu program e Pembelajaran Servis yang dianjurkan oleh para pelajar Kursus Kokurikulum Astronomi UTM. Program ini adalah program perkongsian ilmu astronomi yang telah disediakan oleh para pelajar kepada murid-murid pra sekolah dan sekolah rendah bagi menanam minat mereka dalam bidang sains dan teknologi. Semoga menerusi tayangan video ini para peserta dapat meningkatkan dan menambah pengetahuan mereka dalam bidang astronomi. Dua slot tayangan video akan dipaparkan iaitu dengan tajuk Sistem Suria dan Model Kejadian Gerhana Matahari dan Bulan