Unit Endowmen UTM dengan kerjasama Yayasan Budi Ihsan Malaysia (YBIM) akan menganjurkan PROGRAM KEMBARA KORBAN 2021 UTM – YBIM pada 28 Julai 2021 dengan agihan daging korban sebanyak 1,000 pek. Daging korban akan diagihkan kepada staf & pelajar UTM berkeluarga, serta masyarakat di sekitar UTMJB (Desa Bakti, Pangsapuri Taman Desa Skudai, rumah pangsa Kangkar Pulai dan asnaf Taman Pulai Perdana).
YBhg. Prof Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ts. Dr Ahmad Fauzi Ismail akan melancarkan program tersebut pada 28 Julai 2021, jam 2.15 petang di Foyer Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim dan agihan daging korban secara PANDU LALU. Majlis pelancaran akan turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ SR Hj. Rosli Atan, Pengerusi Yayasan Budi Ihsan Malaysia (YBIM).
Sehubungan dengan itu, staf UTM yang bekerja dari pejabat (BDP) pada 28 Julai 2021 dan staf UTM berkeluarga yang berada di dalam kampus UTMJB adalah dijemput dan dialu-alukan hadir untuk menerima agihan daging korban daripada YBhg. Prof Naib Canselor secara PANDU LALU seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 28 Julai 2021 (Rabu)
Masa : 2.15 – 2.45 petang
Tempat : Foyer Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, UTMJB