Bengkel Industrial Advisory Panel ini adalah anjuran
Fakulti Kejuruteraan (FE) UTM yang bakal dihadiri oleh ahli akademik daripada FE dan turut disertai oleh 78 wakil daripada industri. Objektif penganjuran bengkel ini adalah
untuk memenuhi keperluan akreditasi daripada Lembaga Kejuruteraan Malaysia bagi program
Sarjana Muda. Selain itu, bengkel ini juga merupakan platform bagi berkongsi input dan
pengalaman daripada pihak industri bagi semakan kurikulum untuk program akademik FE
selain berkongsi kepakaran untuk menambah baik hubungan kerjasama dalam penyelidikan dan juga pengajaran & pembelajaran.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Prof. Dr. Abdul Latif bin Saleh di talian 019-7797066 atau Puan Murni Hariyanti binti Muslim di talian 016-798 0029.