Karnival Kimia Johor merupakan program sehari bersama pelajar dalam mempromosikan pembelajaran kimia dalam kehidupan. Program ini adalah kerjasama UTM dengan Institut Kimia Malaysia, Jabatan Kimia Malaysia, Kementerian Pendidikan dan UNESCO. Pelbagai aktiviti akan di adakan seperti Pertandingan Kimia antara sekolah, Kimia Interaktif & Pertunjukan Sains, “Meet the Scientist”, Seminar Keselamatan Makmal untuk Guru, Demonstrasi Peniupan Kaca, Diskusi Literasi Sains Untuk Semua, Pameran STEM, Anugerah Guru Kimia Inovatif Johor dan lain-lain lagi. Untuk maklumat lanjut, layari www.utm.my/kimiajohor atau ke facebook kami di https://www.facebook.com/kimiajohor.