Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Kempen “No Single-Use Plastic” di Kampus UTM

January 1, 2020 - January 31, 2020

Sukacita dimaklumkan bahawa bermula 1 Januari 2020, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan memperkasakan dan memantau kempen “No Single-Use Plastic” atau “Larangan Penggunaan Plastik Sekali Guna” di seluruh kampus UTM JB dan UTM KL.

Kempen ini adalah bertujuan untuk mempertingkatkan kesedaran tentang larangan penggunaan plastik sekali guna seperti bekas plastik makanan/minuman, penyedut minuman plastik (straw), beg plastik, sudu/garfu plastik dan sebagainya. Selain itu, hala tuju kempen dan larangan ini adalah untuk mendokong “Program Zero Waste” selaras dengan inisiatif yang diadaptasi dalam Sustainable Development Goals UTM.

Sebagai alternatif, semua warga kampus digalakkan untuk membawa sendiri bekas makanan/ minuman sendiri semasa membeli makanan/minuman

Oleh yang demikian, pihak UTM berharap kerjasama dari semua pihak termasuk staf, pelajar, peniaga, pembekal dan sebagainya supaya lebih peka tentang kempen dan larangan ini.

Details

Start:
January 1, 2020
End:
January 31, 2020
Event Category:

Organizer

UTM Campus Sustainability (UTMCS)
Phone
07-5533152
View Organizer Website