Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Konvensyen Kualiti UTM Tahun 2019

April 3, 2019 - April 4, 2019

LATAR BELAKANG

Anugerah Kualiti Perkhidmatan (AKP) telah diperkenalkan sejak tahun 2010. Anugerah ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada PTJ yang telah menjalankan inisiatif berfokuskan kualiti dan menunjukkan impak yang signifikan kepada pelanggan. Kriteria yang diguna pakai adalah selaras dengan kriteria dalam Sistem Penarafan Bintang (SSR) dan Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) di bawah MAMPU.

Anugerah Kualiti Akademik (AKA) akan memberikan fokus kepada penghasilan High Performance Delivery (HPD) di UTM. HPD ini akan memberikan impak yang positif ke arah pencapaian Rating Tier 6 untuk SETARA 2015 dan D’ SETARA 2015, pencapaian KAI 100% oleh TNC (A&A), pelaksanaan yang berkesan kepada Akademia Baru, perkhidmatan yang berkesan kepada masyarakat dan sumbangan kepada UTM Branding.

OBJEKTIF

i. Memperkasa budaya kerja cemerlang di setiap fakulti dan bahagian UTM;

ii. Menghayati amalan terbaik dan strategi pengurusan cemerlang;

iii.Memberi manfaat kepada fakulti dan bahagian, menilai tahap kecemerlangan masing-masing
dan melaksanakan penambahbaikan berterusan;

iv. Menggalak persaingan sihat antara fakulti dan bahagian untuk kecemerlangan organisasi;

v. Memberi pengiktirafan secara formal kepada fakulti dan bahagian yang menunjukkan inisiatif
dan pencapaian cemerlang dalam semua aspek pengurusan bertunjangkan kepimpinan yang unggul.

Details

Start:
April 3, 2019
End:
April 4, 2019
Event Category:
Event Tags:
Website:
http://www.utm.my/qrim/

Venue

Dewan Senat, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, UTM Johor Bahru
Malaysia + Google Map