
- This event has passed.
KUDAH (Kutip Sampah Sambil Riadah)
March 2 @ 7:30 am - 1:00 pm

Program KUDAH merupakan pengisian sampingan program bagi menggalakkan orang ramai menjalankan aktiviti riadah sambil menjalankan aktiviti pengumpulan sisa atau sampah sarap dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat agar sama-sama memelihara dan memulihara alam sekitar ini. Ini merupakan salah satu inisiatif pihak RMC dalam menganjurkan satu program kesihatan pekerja di samping menyahut seruan dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).