Pejabat Naib Canselor UTM menerima kunjungan pasukan sekretariat Jawatankuasa Naib-Naib Canselor dan Rektor (JKNCR) Universiti Awam daripada Universiti Malaysia Terengganu yang diketuai Prof Dr Fauziah Hj Abu Hasan, Pro Naib Canselor (Jaringan Industri dan Strategik), UMT pada 29 Januari 2020.
UTM pada masa ini menjalankan tugas selaku Pengerusi JKNCR menggantikan UMT yang telah melaksanakan tugas sebagai pengerusi sejak 2018. Beberapa perkara telah dibincangkan antaranya bidang kuasa, peranan dan tanggungjawab JKNCR serta beberapa cadangan penambahbaikan bagi mengangkat peranan JKNCR agar lebih releven mengikut peredaran masa.