KURSUS KEPIMPINAN SUKARELAWAN UNIVERSITI AWAM ZON SELATAN
5 Oktober 2019: Program ini merupakan anjuran bersama Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Majlis Sukarelawan Universiti-Universiti Malaysia (MASKUM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Program ini telah dipimpin oleh Saudari Revathy A/P Loganathan, pengarah program di bawah Kelab Volunteer@UTM dan telah berkolaborasi dengan Persatuan BIOMEHS. Program yang berlangsung di N24, UTM Johor Bahru ini disertai 200 orang peserta.
Objektif utama program ini sebagai medium penyediaan sukarelawan untuk program-program sukarelawan yang akan datang dan sebagai medium latihan di kalangan sukarelawan Universiti Awam.
Antara pengisian program adalah Latihan Dalam Kumpulan (Lei) dan sesi ceramah berkenaan peranan sukarelawan, pengurusan bencana di peringkat UA, Sukarelawan Siswa dan Sharing Session.