Majlis Bacaan Puisi dan perbincangan ilmiah karya puisi *Jalan Pulang* oleh Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud, pemegang kerusi Syed Muhammad Naquib al-Attas, dalam Pemikiran Islam, RZS-CASIS, UTM.
Berikut adalah maklumat lanjut tentang Majlis tersebut:-
Hari: Ahad
Tarikh: 14 June 2020
Masa: 8.30-10.00 malam
*Sinopsis*
Ceritalah dengan penuh erti
Tentang Dia yang akan ditemui pasti
Tentang tempat-tempat yang menanti
Bahagia kekal abadi
Derita tak terhenti
Malam segelap ini
Hujan selebat ini
Guruh sekuat ini
Semuanya akan berhenti
– Nyalakan Lilin
Jalan Pulang mula dicatat pada tahun 2013 dan mengandungi 71 bab. Ia merupakan kumpulan puisi yang ketiga selepas Mutiara Taman Adabi (2003) dan Dalam Terang (2004). Karya ini menampilkan penghayatan mendalam mengenai hakikat sebenar kehidupan manusia sebagai sebuah perjalanan kembali kepad Allah SWT. Istimewanya dalam terbitan ini, dimuatkan sekali glosari ringkas yang menghuraikan kata-kata kunci dan tokoh-tokoh penting.
Antara judul-judul puisi yang terkandung dalam Jalan Pulang ialah: Nasib Bangsa; Menuai Cuai; Kerugian; Perihal Pasir; Pohon yang Tumbang; Nasib Anak Kampung; Budaya Ilmu; Budaya Dungu; Ingkar Ilmu; Junjunganku; Bintang-bintang; Bekas-bekas Kekal; Kakak Tua; Inilah Aku; Munajat.
Karya terbaru ini diterbitkan oleh Himpunan Keilmuan Muslim (HAKIM).
*Kami hargai makluman kehadiran dengan RSVP kepada http://facebook.com/
Jika berminat membeli buku, boleh hubungi Akademi Jawi Malaysia di http://www.wasap.my/