Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Majlis Khatam Al-Quran

May 18, 2020 @ 2:30 pm - 4:00 pm

ALHAMDULILLAH🤲🏻Syukur kita kepada Allah SWT kerana sudah berjaya memasuki fasa terakhir bulan Ramadhan dan mudah-mudahan kita dapat melaksanakannya sehingga akhir Ramadan sebagai tanda kemenangan kita💪🏻

Di antara keutamaan amalan orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan ini adalah membaca al-Quran. Membaca al-Quran antara amalan yang dituntut termasuk dalam mengisi bulan Ramadhan hingga tidak hairanlah ulama’ dan aulia’ bukan sahaja melaziminya, bahkan banyak kali mengkhatamkan bacaan kitab suci itu.

Sehubungan dengan itu, Pusat Islam UTM Johor Bahru menjemput tuan/puan untuk bersama-sama memeriahkan Majlis Khatam Al-Quran seperti ketetapan berikut :

📖MAJLIS KHATAM AL-QURAN📖

🗓Tarikh : 18 Mei 2020 (Isnin)
Waktu : 2.30-3.45 petang
🗣Penceramah : PM Dr Azhar Bin Muhammad (Pengarah Pusat Islam UMK)

📺Tonton melalui Live FB Masjid Sultan Ismail, UTM https://www.facebook.com/pusatislam.utm

Details

Date:
May 18, 2020
Time:
2:30 pm - 4:00 pm
Event Category:
Website:
https://www.facebook.com/pusatislam.utm/videos/2627512127569363/

Venue

Online (Facebook)
Malaysia

Organizer

Pusat Islam, UTMJB