Memorandum Persefahaman ini ditandatangani oleh Ybhg. Prof Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail, Naib Canselor UTM dan disaksikan oleh Prof Rosli Md Illias, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, di pihak UTM. Manakala di pihak YBIM, memorandum ditandatangani oleh Dato’ Sr. Rosli Atan selaku Pengerusi disaksikan oleh En. Zulkifli Abdullah, selaku Pemegang Amanah YBIM.
Majlis disaksikan oleh Prof. Ts. Dr. Abd Latif Saleh, Pro-Naib Canselor UTMKL, Prof Madya Dr. Sheikh Ahmad Zaki Shaikh Salim, Pengarah Pentadbiran Pejabat TNCPI UTMKL dan Encik Mohd Najib Masroom, Timbalan Pendaftar UTMKL. Turut hadir adalah pegawai kanan UTMKL dan urusetia.
Kerjasama antara UTM dan YBIM telah terjalin sejak awal 2021 dengan program CSR Kembara Korban disusuli dengan Projek Free Meals on Wheel dan akan datang adalah Projek Bot Banjir bagi membantu komuniti yang memerlukan.
Pada majlis tersebut, kedua-dua pihak telah menzahirkan rasa syukur atas termaktub kerjasama ini di mana UTM dapat menyumbang dari segi kepakaran teknologi yang disalurkan melalui YBIM untuk berbakti kepada masyarakat.