Satu Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian antara Institut Penyelidikan Pembangunan Malaysia (CREAM) dengan Institut REHDA dan juga antara CREAM dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah diadakan di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur hari ini dengan disaksikan oleh Menteri Kanan Kementerian Kerja Raya Malaysia, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Turut hadir sama ialah Pengerusi CREAM, Datuk Seri Fateh Iskandar Mohamed Mansor; Naib Canselor UTM, Prof Ir. Datuk Dr Wahid OmarĀ dan Pengerusi REHDA Institut, Datuk Jeffery Ng Tiong Lip selain Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Dr Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan dan Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Datuk Ahmad ‘Asri Abdul Hamid