Majlis yang ringkas tapi amat bermakna itu diadakan di Masjid UTMKL turut dihadiri oleh Prof Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail dan Datuk Dr Mohd Ghazali bin Md. Noor yang mewakili MAIWP serta tetamu-tetamu kehormat dari UTM dan MAIWP.
Program Pembekalan Makanan Berbungkus oleh Usahawan Baitulmal MAIWP bermula sejak awal Oktober 2021 bertujuan untuk meringankan beban para pelajar UTM terutamanya dari kalangan asnaf. Makanan tengahari percuma disediakan kepada pelajar pada tiap-tiap hari Selasa.