Hackathon ini adalah inisiatif bersama antara UTM, Universiti Putra Malaysia (UPM), Ericsson Malaysia, SKMM, Celcom Axiata, XPAND dan Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) di bawah Program Academia-Industry Talent Exchange. Hackathon tersebut menyaksikan penyertaan yang memberangsangkan daripada pelajar kolej dan institusi seluruh Malaysia.