Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Majlis Penyampaian Bingkisan Hamper Raya

April 17, 2023 @ 3:30 pm - 4:30 pm

May be an image of 2 people
Pada ketika ramai staf yang pulang ke kampung bagi meraikan hari lebaran yang mulia ini, terdapat sebilangan staf yang bertugas pada hari raya ini bagi memastikan kebajikan dan keselamatan warga kampus khasnya di Kolej Kediaman disantuni sebaiknya. Sehubungan itu, bagi meraikan petugas-petugas pada hari raya pertama yang terdiri daripada Pengetua, Felo dan Pembantu Felo, Jabatan TNC (HEP) menerusi Seksyen Pentadbiran dan PSM telah menganjurkan satu majlis ringkas penyampaian hamper raya bagi menyantuni mereka. Program ini telah diadakan di Ruang Legar Pejabat TNC (HEP) pada jam 3.30 petang.
Majlis dihadiri oleh semua pengurusan kanan Jabatan TNC (HEP) dan diserikan dengan penyampaian sumbangan hamper hari raya kepada semua petugas oleh YBrs. Prof. Dr. Shamsul bin Sahibuddin, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UTM. Seramai 16 petugas yang terdiri daripada 3 Pengetua, 8 Felo dan 5 Pembantu Felo akan menyantuni warga Kolej Kediaman pada hari raya pertama nanti.
Pengarah Pusat Kesihatan Universiti (PKU), Dr. Nor’ashikin bte Sharif juga turut menerima bingkisan hamper hari raya sebagai pengiktirafan Jabatan ini berikutan seramai 11 staf PKU yang akan turut bertugas pada hari raya pertama nanti.
Semoga dengan sedikit bingkisan hamper ini diharapkan akan dapat menyerikan lagi sambutan 1 Syawal petugas-petugas yang akan berkhidmat untuk warga UTM.

Details

Date:
April 17, 2023
Time:
3:30 pm - 4:30 pm
Event Category:
Website:
https://www.facebook.com/photo/?fbid=607900361379943&set=pcb.607901091379870

Venue

Ruang Legar Pejabat TNC (HEP)
Malaysia + Google Map

Organizer

UTM Student Affairs