Fakulti Alam Bina dan Ukur bersama-sama dengan Fakulti Teknologi dan Informatik Razak dan Sekolah Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan berbangga kerana terlibat dengan kerjasama dengan pihak Jabatan Kerja Raya dalam bidang Building Information Modelling (BIM). Satu majlis Pertukaran Memorandum Perjanjian (MOU) antara JKR dan Universiti Awam telah diadakan pada 7 September 2020 di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR, Alor Gajah Melaka.
Dirasmikan oleh YBhg. Ir. Dato’ Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya