Seramai 200 orang staf dan 70 orang pelajar UTM telah tiba di lokasi, Taman Scientex Utama, Senai seawal jam 7.00 pagi bersama dengan 150 orang pelatih dari Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Majlis sambutan di lokasi ini telah diketuai oleh Pn. Hjh. Nor Azizah bt. Ismail, Pendaftar UTM dengan diiringi oleh Puan Hartini Darsono, Timbalan Pendaftar. Kemeriahan sambutan turut dirasai dengan kehadiran penduduk-penduduk di sekitar lokasi dalam memberikan lambaian kepada DYMM Sultan Johor.
Bahagian Keselamatan UTM dengan kekuatan 10 orang anggota turut membantu pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam mengawal ketenteraman awam dan keselamatan di lokasi sambutan. DYMM Sultan Johor telah selamat berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada jam 9.00 pagi dan tiba di Pangkalan Udara, Tentera Udara DiRaja Malaysia, Subang sekitar jam 10 pagi sebelum berangkat ke Istana Negara.