Berikut adalah beberapa maklumat penting:
- Bawa bekas makanan sendiri (pinggan, cawan, sudu, garfu). Penggunaan bekas makanan dan plastik sekali guna adalah tidak dibenarkan.
- Sisa makanan dan sampah perlu dibuang ke dalam tong sampah mengikut label yang telah ditetapkan.
- Digalakkan untuk berkongsi kereta bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.
- Digalakkan untuk membawa tikar untuk keselesaan dan suasana yang ceria.
- Staf tidak dibenarkan untuk membungkus dan membawa balik makanan/minuman.
- Jangan membazir dan bersederhanalah ketika makan/minum.