Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Kerajaan Negeri Johor YB Tuan Hj Tosrin Jarvanthi. Ahli mesyuarat terdiri dari YB SS Dato’ Mufti, YB SS Dato Nooh Gadot, SF Dato’ Md Rofiqi, YBhg Dato’ Ismail Karim, SS Timbalan Mufti, YBhg Datuk Naib Canselor UTM, TNCP, Pendaftar UTM, Bendahari UTM, Prof Selamat Hashim, Ustaz Mustapahayudin, PM Dr Arieff Salleh, saya dan urusetia mesyuarat. Alhamdulillah banyak perkembangan menarik dan keputusan yang baik telah dapat dicapai semasa mesyuarat. Mesyuarat juga dibuat secara dalam talian.