Sehubungan itu, ahli UTMPOC adalah dengan segala hormatnya dijemput hadir ke mesyuarat tersebut dan membuat pengesahan kehadiran pada link berikut : https://bit.ly/HadirMesyUTMPOC
3. Untuk makluman semua ahli UTMPOC, pencalonan bagi pemilihan Jawatankuasa Penaja UTMPOC akan diadakan secara online. Untuk tujuan memudahkan proses undian maka JK telah bersetuju untuk menjalankan kaedah berikut untuk tujuan saringan :
FASA 1– Semua ahli boleh mencadangkan diri sendiri atau mencadangkan satu calon (tidak termasuk urusetia Penjualan Nombor Pendaftaran Kenderaan Khas ‘UTM’, Unit Endowmen ) yang layak dan sesuai dicalonkan sebagai Jawatankuasa Penaja UTMPOC.
(Tarikh akhir penerimaan Calon adalah pada 5 Oktober 2021 (selasa).
Senarai jawatan yang dipertandingkan adalah seperti berikut:
i. Pengerusi – 1 Orang
ii. Timbalan Pengerusi – 1 Orang
iii. Setiausaha – 1 Orang
iv. Penolong Setiausaha – 1 Orang
v. Bendahari – 1 Orang
vi. Ahli Jawatankuasa – 10 Orang
vii. Pemeriksa kira-kira – 2 Orang
Borang Pencalonan Jawatankuasa Penaja UTMPOC – https://bit.ly/CalonJKUTMPOC
FASA 2– Calon yang tersenarai dalam top 5 pencalonan bagi jawatan Majlis Tertinggi dan Top 15 bagi jawatan Ahli Jawatankuasa akan dibawa nama mereka ke pemilihan & pengundian pusingan akhir yang mana semua ahli UTMPOC boleh memilih calon mereka. Senarai undian calon Jawatankuasa Penaja UTMPOC akan dihebahkan pada hari Rabu 6 Oktober 2021. Ahli UTMPOC boleh membuat undian sehingga jam 12.00 tengah hari 8 Oktober 2021 (Jumaat).
Calon yang mendapat undian tertinggi akan diumumkan semasa mesyuarat sedang berlangsung.
Sebarang persoalan tentang mesyuarat ini sila hubungi pihak urus setia, Unit Endowmen untuk keterangan lanjut.