Memulihara artifak merupakan suatu kerja halus yang menuntut komitmen dan ketelitian. Pameran fotografi kali ini memperlihatkan bagaimana Perpustakaan, melalui tugas khas seorang konservator, melakukan proses pemuliharaan koleksi artifak khazanah warisan Universiti. Pameran ini turut berkongsi ancaman terhadap artifak-artifak ini yang pastinya mengandungi kepentingan budaya, sejarah serta nilai sentimental yang tersendiri.